Peluang Perniagaan Online!
Powered by MaxBlogPress 

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Online

Hari ini saya hendak berkongsi tips dari Sifu Zamri Nanyan.

oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan online yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja – iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan online saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan online sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan online separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan online sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan online anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan online anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan online anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan online sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan online secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan online ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan online secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa – kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan online anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan online dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Online sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanOnline.ws untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Kesimpulan,

Melalui Perniagaan Online kita berpeluang menjana pendapatan lumayan hanya dari rumah dan menikmati kebebasan kewangan jika dilakukan dengan cara yang betul atau mengikut sistemnya.

Apa pula pendapat anda?

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet atau Online

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply