10 Sebab Mulakan Perniagaan Online Sekarang!
Ketika anda sedang membaca tajuk artikel diatas, sebenarnya sudah terdapat jutaan orang yang menjana pendapatan secara fulltime melalui online atau di internet.
Menjana pendapatan mengikut “office hour” mereka tersendiri, bekerja dari rumah, mempunyai banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan dan yang paling best sekali, golongan ini bebas melakukan apa sahaja mereka suka!
Menarik bukan?
Ya, pastinya menarik, jadi terus ikut perkembangan di blog ini kerana anda bukan sahaja akan mempelajari panduan asas memulakan perniagaan online, malah anda boleh mengkaji dan mempelajari 101 Cara Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Online.
Tahniah? Ya, kerana apa yang bakal anda pelajari dalam blog ini ialah bagaimana untuk buat duit online dan seterusnya mula membina perniagaan online atau di internet dan menjana pendapatan yang lumayan dengannya.
Dalam blog ini, anda bukan sahaja akan mempelajari panduan asas memulakan perniagaan online, malah anda boleh mengkaji dan mempelajari 101 cara bagaimana menjana pendapatan melalui online.
Di sini saya senaraikan 10 sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan online hari juga :
•1- Modal Rendah
Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari RM100 sahaja!
Percaya atau tidak, sesetengah perniagaan online boleh dimulakan tanpa sebarang modal atau dengan modal yang rendah. Oleh yang demikian, kos bulanan atau monthly expenses untuk perniagaan tersebut juga adalah rendah.
• 2- Waktu Kerja Yang Fleksibel
Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan online ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.
• 3- Bekerja Dari Rumah
Di mana komputer atau laptop anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja. Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!.Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan
•4- Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
Perniagaan online ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa.Melalui sistem yang betul,duit akan masuk walaupun anda sedang tidur!
• 5- Tidak Perlu Bekerja 8 Jam Sehari
Menjalankan perniagaan online memberikan anda kebebasan untuk memilih waktu anda bekerja. Anda tidak perlu lagi wajib bekerja 8 jam sehari. Segalanya terletak di tangan anda. Apabila perniagaan online anda boleh berjalan secara automatik,anda hanya perlu meluangkan masa mengikut keperluan perniagaan anda seperti menyemak email, mempromosikan website anda dan mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Semuanya mungkin boleh diselesaikan dalam 3-4 jam sahaja.
• 6- Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan
Menjalankan perniagaan online juga dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Malah, anda dapat melihat anak-anak membesar di depan mata anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan orangorang yang anda sayangi.
• 7- Perniagaan Online Anda Dari Hobi & Minat
Ini antara sebab kenapa ramai yang ingin memulakan perniagaan secara online. Kita boleh menukarkan hobi dan minat kita kepada perniagaan. Lakukan sesuatu dengan penuh minat akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan bebas dari tekanan.
• 8- Lebih Dari Satu Perniagaan
Memandangkan kos untuk memulakan perniagaan online adalah rendah dan boleh dijalankan secara automatik, maka anda boleh menjalankannya lebih dari satu jenis perniagaan. Anda tidak perlu mengambil pekerja kerana semuanya boleh dilakukan secara automatik dan ianya berfungsi 24/7 untuk anda.
• 9- Pasaran Yang Semakin Meluas
Berdasarkan statistik dari Computer Industry Almanac, terdapat 934 juta pengguna internet pada September 2004; dan lebih dari 1.07 billion jumlah pengguna pada tahun 2005. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa. Pada 2007 dianggarkan terdapat 10 juta pengguna online yang aktif di Malaysia.Pasaran yang besar ini pastinya akan memberikan pulangan yang lumayan kepada usahawan online ini.
• 10- Pasaran Antarabangsa
Hanya dengan komputer dan online akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!
Setelah kita berkongsi 10 sebab kenapa anda mesti mulakan Perniagaan Online sekarang atau hari ini juga,adakah anda masih terfikir untuk menangguhkannya?
Atau,mari kita meriahkan dunia online Malaysia hari ini!
P.S. Untuk anda yang mahu mula membina perniagaan online dan menjana pendapatan lumayan…Klik disini Sekarang!
10 Sebab Mulakan Perniagaan Online Sekarang
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


