Dari $10 Ke $17,521 Sebulan. Ini Rahsianya.
Powered by MaxBlogPress 

10 Model Buat Duit Online-Bina Perniagaan Internet

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

10 Model Buat Duit Online

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pendapatan melalui Internet. Antaranya adalah:

1. Squeeze page dan Minisite

Squeeze page adalah sebuah halaman web yang khusus semata-mata untuk mendapatkan senarai prospek bagi satu-satu pasaran tertentu dengan mendapatkan nama dan alamat email mereka. Dengan menggunakan Squeeze page, anda dapat membina mailing list (senarai email) iaitu senarai pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang akan anda tawarkan kelak. Bayangkan jika anda memiliki 1 ribu senarai prospek dan jika hanya 10% daripadanya membeli produk anda yang berharga RM 40 , maka keuntungan yang anda perolehi adalah RM 4,000 . Squeeze page hanya mempunyai satu halaman dan diletakkan borang opt-in (letakkan sistem autoresponder padanya). Autoresponder adalah satu sistem yang digunakan untuk mengumpul mailing list dan mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut. Untuk mengumpul mailing list, anda perlulah ada tawaran tertentu seperti ebook percuma atau pemberian diskaun agar mereka tertarik untuk mendaftarkan diri (nama dan email mereka). Dalam squeeze page ini, anda boleh mengumumkan serba sedikit tentang produk anda yang akan dikeluarkan dan bilakah tarikh kemunculannya.

Mini site (web jualan) pula, lebih kurang sama dengan squeeze page, cuma fungsinya adalah untuk menjual produk. Dengan kata lain, jika ada mempunyai produk untuk dijual, maka anda bangunkan terus satu minisite. Jika anda belum mempunyai sebarang produk, maka anda bangunkan squeeze page terlebih dulu untuk mengumpul senarai prospek. Nanti bila anda sudah ada produk, anda lebih mudah untuk menjualnya.

Squeeze page dan Mini site boleh digabungkan bersama iaitu anda boleh mengumpul mailing list, pada masa yang sama anda boleh menjual produk. Dengan adanya mailing list, ia memudahkan anda menjana pendapatan Internet yang lain seperti program affiliate, internet MLM, pay-per-click dan berbagai lagi. Kerana itulah, untuk memulakan perniagaan internet anda perlu menguasai langkah pertama ini, sebab ia merupakan cara yang paling berkesan dalam menjana pendapatan melalui online.

2. Blog

Blog adalah satu jenis web, iaitu jurnal online yang memaparkan penulisan tentang sesuatu perkara, deskripsi atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Setiap kali anda menulis artikel, ianya akan berada di kedudukan teratas. Dalam kata lain, artikel anda yang terbaru akan berada di atas artikel yang telah lama. Kelebihan blog ia mudah diuruskan kerana sistemnya mesra pengguna sama seperti Microsoft Word yang ada guna. Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan pendapatan melalui blog. Antaranya adalah melalui menyertai program affiliate, pengiklanan, perkhidmatan,menulis review dan sebagainya

3. Menyertai program affiliate

Program affiliate adalah sebuah program yang memberikan bayaran kepada pesertanya kerana memberikan pelanggan kepada pemilik (merchant) program affiliate tersebut. Dengan kata lain, anda mempromosikan produk pengusaha (link promosi anda) dengan membawa prospek ke laman web mereka. Setiap pelanggan yang membeli produk pemilik affiliate tersebut, maka anda akan menerima bayaran keatasnya dalam bentuk komisyen. Selalunya, peserta program affiliate akan dibayar separuh daripada harga produk yang berjaya dijual. Malah, ada pemilik program ini yang sanggup memberi komisyen sebanyak 75% bagi setiap produk yang berjaya dijual oleh agen.

Yang menariknya untuk menyertai program affiliate anda tidak perlu membayar walau satu sen pun. Dengan itu, anda boleh mendaftar dengan kebanyakan program affiliate. Ini seolah-olah anda bekerja dengan banyak syarikat sekaligus dan mendapat pendapatan dari banyak sumber. Apa yang perlu anda buat adalah promosi, promosi dan promosi. Tak kira lah di mana anda nak promosi samaada pengiklanan percuma atau berbayar, forum komuniti, email dan sebagainya. Walaupun program affiliate merupakan cara yang paling mudah dan terpantas untuk menjana pendapatan di Internet tetapi tanpa mengunakan sistem Autoresponder sukar untuk anda melakukannya.

Program affiliate mempunyai beberapa jenis iaitu:-

a) Pay Per Sale (PPS) PPS atau Bayar pada setiap jualan adalah seperti yang telah diterangkan diatas tentang program affiliate.

b) Pay Per Lead (PPL) PPL atau Bayar pada setiap prospek yang dibawa tetapi mengikut syarat tertentu yang ditetapkan sesuatu organisasi. Contohnya pelawat menandatangi borang permohonan atau borang-borang lain yang disediakan laman web mereka. Cara ini banyak digunakan oleh organisasi yang berkaitan dengan insurans dan kewangan.

c) Pay-per-click Pay per click atau bayar per klik adalah program dimana peserta akan dibayar bagi setiap pelawat yang dibawa mereka ke website pemilik program pay-per-clik. Peseta akan menerima imbuhan walaupun pelawat tadi tidak membeli barangan yang diniagakan. Ini terjadi bila mana pelawat klik pada banner atau iklan teks yang dipaparkan peserta. Akan tetapi, jumlah imbuhan yang ditawarkan melalui sistem PPC selalunya kecil.

d) Single-Tier, Two-Tier dan Multi-Tier Sistem ini berdasarkan kepada perbezaan tingkat atau tiers yang membolehkan anda mendapat pendapatan bergantung kepada network anda. Single-Tier merujuk kepada pembayaran komisyen yang dilakukan hanya untuk jualan atau trafik oleh peserta affiliate. Semua jenis affiliate yang dibincangkan diatas (PPS, PPL, PPC) termasuk di dalam kategori ini.

Melalui Two-Tiers, terdapat 2 cara untuk mendapatkan pendapatan iaitu melalui jualan terus atau trafik yang anda perkenalkan dan juga melalui penyertaan peserta affiliate baru yang bernaung di bawah anda. Sistemnya lebih kurang sama dengan MLM.

Konsep Multi-Tier pula lebih kurang sama denganTwo-Tier, cuma bezanya komisyen yang diterima lebih banyak jika jaringan yang dibina di bawah mereka lebih luas dan bertingkat-tingkat.

4. Pengiklanan

Anda boleh mendapat pendapatan dengan meletak iklan syarikat pengiklanan internet atau mengiklan produk usahawan lain secara persendirian di blog anda. Tetapi untuk menggunakan cara ini, blog anda mestilah ada ramai pelawat.

Untuk meletakkan iklan daripada syarikat lain, anda perlu daftar di laman web berkenaan. Kemudian script atau kod yang anda terima, letakkan di blog anda. Contoh laman web pengiklanan yang popular di internet adalah a) google Adsense ( https://www.google.com/adsense/login/en_GB )

b) nuffnang ( http://www.nuffnang.com.my )

c) advertlets ( http://www.advertlets.com )

5. Perkhidmatan

Sekiranya anda mempunyai kemahiran tertentu seperti membaiki telefon bimbit, membaiki komputer, membangunkan halaman web atau menterjemah bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, anda boleh mengiklankan perkhidmatan tersebut,

6. Menulis Review

Review ataupun penilaian berdasarkan pendapat anda tentang sesuatu produk atau perkara boleh dijadikan sumber untuk menjana pendapatan di internet. Proses untuk membuat review selalunya tidak dikenakan sebarang bayaran kerana anda mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain. Anda mendapat bayaran bagi setiap jualan yang anda buat. Jadi anda boleh mula menjana pendapatan dengan berbekalkan RM 0.00 . Apa yang pentingnya adalah anda perlu mempunyai blog atau website sendiri.

Jika anda mahu menjana pendapatan di internet dengan menyertai website review, pastikan anda menguasai Bahasa Inggeris terlebih dulu. Ini kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa utama untuk membolehkan anda membuat review terhadap manamana produk atau perkhidmatan di Internet. Untuk memudahkan anda mencari website untuk membuat review, sila pergi ke paid2review ( http://www.paid2review.co.uk/paidreviews.html ). Di sana terdapat banyak website yang memberikan anda pendapatan untuk membuat review.

7. Pendapatan dari Laman Lelongan

Untuk mendapatkan pendapatan tanpa laman web sendiri, mengatur cara pembayaran dan juga membuat promosi Lelong merupakan jawapan bagi anda. Jika anda mencari pasaran di seluruh dunia, anda gunakan lah portal Ebay. Ebay adalah satu portal lelongan jual beli barang yang terbesar di Internet. Berjuta-juta ringgit mengalir di dalam portal ini kerana ianya digunakan di seluruh dunia. Justeru itu, portal ini merupakan satu portal yang berpotensi menghasilkan keuntungan terbesar buat anda di Internet.

Jika anda mahukan pendapatan melalui pasaran di Malaysia sahaja, portal lelong adalah jawapannya bagi anda. Portal lelong lebih kurang sama dengan portal Ebay, cuma pasarannya tidak seluas seperti Ebay.

8. Internet MLM (Multi Level Marketing)

MLM, rasanya hampir semua rakyat Malaysia tahu tentangnya. Ya, memang terbukti ramai rakyat Malaysia memang mengemari perniagaan berbentuk ini. Kebanyakan MLM adalah dalam berbentuk offline. Jika dalam bentuk offline anda perlu bertemu orang ramai untuk mencari downline. Itu yang menjadi kesukaran buat anda. Sekarang tidak lagi, dengan Internet MLM anda tak perlu bersusah payah untuk bertemu orang ramai bagi mendapat downline kerana semua dilakukan secara online. Dengan sistem Autoresponder, anda begitu mudah boleh mendapat downline. Contoh Internet MLM adalah GDI.

9. Pelaburan Forex

Forex atau Foreign exchange (perdagangan matawang asing) merupakan satu pasaran kewangan yang paling besar di dunia. Dagangan Forex dibuka 24jam dan jumlah dagangannya pula melebihi USD$2.5 trillion setiap hari. Ia melibatkan pembelian dan penjualan matawang asing. Untuk mendapat keuntungan daripada Forex adalah dengan membeli matawang asing pada masa harga pasaran rendah, kemudian menjualnya kembali pada masa harga pasaran tinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum membuat pelaburan forex dalam islam, sila lawati web site Ustaz Zaharuddin ( http://www.zaharuddin.net/content/view/649/100/ )

10. Survey

Survey merupakan salah satu cara juga untuk mendapatkan pendapatan daripada Internet. Untuk mendapatkan pendapatan melalui survey anda hanya perlu mengisi borang-borang survey yang diberi dengan mendaftar di syarikat mereka. Terdapat 2 survey iaitu yang berbayar dan yang percuma. Contoh syarikat yang menjalankan survey adalah AWSurveys. Walaupun begitu, kebanyakan survey adalah untuk penduduk US atau Eropah.

Ringkasnya terdapat pelbagai cara buat duit online dan seterusnya membina perniagaan internet.

Mana satu pilihan anda?

Pilih satu atau dua dan mulakan sekarang!

Wassalam.

Yang ikhlas,

Nasran

P.S:Dapatkan Video PERCUMA “Peluang Perniagaan Internet : Pendedahan Eksklusif” Sekarang Dan Bongkar Rahsia Membina Pendapatan Di Internet Yang Lumayan!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »