Rahsia Perniagaan Online-Kenali Web Hosting
Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…
Panduan Asas Web Hosting
Internet atau World Wide Web adalah satu bentangan yang teramat luas terdiri dari website-website yang tidak terkira banyaknya. Jenis website-website ini pula adalah pelbagai, dari yang menyediakan khidmat membeli belah secara online, ‘photo sharing’, rangkaian sosial hinggalah kepada menyediakan maklumat berkaitan dengan kerajaan.
Pengguna internet boleh melayari internet untuk menyemak baki akaun bank mereka, menghubungi ahli keluarga dari jauh atau menyiarkan gambar-gambar tentang sesuatu peristiwa. Mereka boleh membaca berita semasa atau menyemak senarai siaran TV tempatan mereka. Walaupun website yang besar dan terkenal biasanya mungkin akan menggunakan perkhidmatan dedicated web hosting, website yang lebih kecil kemungkinan besar lebih cenderung menggunakan program web hosting yang berlainan.
Apa yang penting, web host menyediakan memori yang diperlukan dan jumlah bandwidth yang cukup apabila pengguna berkunjung ke sesebuah website itu.
Idea untuk memiliki website mungkin kelihatan senang pada awalnya, layout dan designnya pun sudah terbentang dalam minda anda. Tetapi idea itu tidak akan jadi kenyataan tanpa bantuan web hosting. Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia web design penerbitan website, memilih web host yang betul mungkin jadi satu perkara yang sukar. Adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memahami bagaimana web hosting berfungsi dan mengetahui apakah perkara yang patut diambil kira apabila membuat keputusan memilih web hosting yang sesuai.
Jika tidak, anda mungkin akan mendapat perkhidmatan yang tidak setimpal dengan bayaran sekaligus akan berlaku gangguan pada website anda disebabkan kekurangan memori, bandwidth atau kemampuan server.
Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan internet atau yang ingin membina sendiri website mereka, adalah penting untuk mereka tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan web hosting.
1- Web Hosting Percuma
Jika anda menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau membina website hanya untuk suka-suka, web hosting yang percuma mungkin boleh menjadi pilihan anda.Servis percuma bagaimanapun, biasanya dipenuhi iklan-iklan dari penyedia perkhidmatan, bermakna anda tertakluk kepada pengiklan-pengiklan dari pihak host. Mereka boleh meletakkan banner iklan, pop-up dan lain-lain mengikut kesesuaian pandangan mereka. Biasanya website percuma ini kelihatan tidak terurus dan berkemungkinan akan menyebabkan pengunjung segera meninggalkannya, bagaimanapun ianya berpatutan; sebuah website percuma untuk penerbit atau pelanggan sebagai pertukaran dengan pendapatan yang banyak melalui pengiklanan. Jenis perkhidmatan web hosting seperti ini adalah percuma tetapi biasanya ia tidak begitu memuaskan dalam menonjolkan website anda di internet.
2-Perkhidmatan Shared Web Hosting
Perkhidmatan Shared Web Hosting pula adalah yang biasa digunakan oleh pereka website. Ini bermaksud sesebuah website itu berkongsi server yang sama dengan beberapa website-website yang lain dan biasanya di’host’kan bersama reseller.
Ada kemungkinan ribuan website boleh berkongsi web host plan pada masa yang sama. Plan-plan ini menawarkan bandwidth yang lebih besar dan lebih banyak pilihan untuk memprogramkan website, tapi bandwidth dan jumlah memori mereka lebih rendah. Web hosting jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang baru memulakan website mereka dan memerlukan sesuatu yang berfungsi tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi.
3-Dedicated Server Web Hosting
Dedicated server web hosting pula pada asasnya bermaksud sesebuah website itu memiliki servernya sendiri. Web hosting jenis ini sesuai untuk sesebuah website yang aktif dan dimiliki oleh syarikat-syarikat besar yang memerlukan server yang lebih besar demi memastikan website mereka berfungsi sepenuhnya dengan baik.
Dedicated Web Hosting biasanya digunakan oleh website yang besar. Website seperti ini biasanya memiliki server tersendiri bahkan setiap website tersebut mempunyai ruang server di mana server tersimpan dan terkunci serta terjaga dengan baik.
Dedicated Web Hosting menyediakan lebih banyak memori dan bandwidth dan pereka website boleh menambah atau mengubah website tersebut tanpa perlu memikirkan akan menyebabkan masalah pada server yang mana akan berlaku ‘override’ sekaligus menyebabkan website itu terpaksa ditutup. Walaupun harga perkhidmatan Dedicated Web Hosting lebih tinggi, kestabilan dan ke kefleksibelan perkhidmatan ini membuatkannya berbaloi.
Terdapat beberapa jenis web hosting lagi yang mana semuanya memerlukan pendaftaran anda sebagai ahli atau membership, dengan itu website dan domain yang dihostkan itu terdaftar dengan baik di internet. Web hosting memerlukan kos dan kos ini berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor. Harga adalah penting, tetapi tidak ada yang sempurna dari segenap segi apabila memilih penyedia web hosting.
Antara perkara yang diambil kira oleh penyedia apabila menetapkan harga perkhidmatan mereka ialah jenis web hosting, kos ruang server, bayaran pengiklanan dan pendaftaran nama domain.
Bagi syarikat kecil atau individu yang mempunyai akaun web hosting, mereka perlu menanggung bayaran bulanan yang telah ditetapkan supaya website mereka terus beroperasi. Bagi syarikat besar, mereka mungkin boleh mengenakan bayaran keahlian untuk tempoh setahun sekaligus atau mengenakan cas penggunaan berdasarkan jumlah memori dan bandwidth yang diperlukan oleh website anda.
Bergantung pada keperluan anda, anda boleh memilih perkhidmatan web hosting yang lebih bermutu yang menyediakan form yang boleh diisi oleh pelanggan atau pelawat, penayangan secara ‘flash’ atau ‘interactive chat’.
Perkhidmatan web hosting yang paling asas biasanya hanya menyediakan website dengan grafik dan link yang ringkas sahaja dan tidak boleh atau tidak akan menyediakan perkhidmatan yang disediakan oleh perkhidmatan web hosting yang lebih berkualiti. Antara muka yang memaparkan form login adalah penting untuk host atau pereka website daftar masuk dan melakukan apa-apa perubahan yang diperlukan. Ini penting untuk memastikan anda mempunyai kawalan yang penuh ke atas isi kandungan website anda, seperti jumlah kekerapan anda melakukan update. Dapat berhubung dengan pelanggan atau pengunjung pada bila-bila masa yang anda mahu adalah penting.
Jika anda masih baru dalam dunia pembangunan website, adalah penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri yang perlu ada apabila memilih perkhidmatan web hosting itu. Tanpa pengetahuan tentang ini, website anda mungkin akan berakhir dengan mengalami kerosakan, perlahan, tidak selamat atau tidak memiliki jumlah memori dan kelajuan yang diperlukan bagi sesebuah website profesional. Terdapat ciri-ciri tertentu perlu ada pada sesebuah perkhidmatan web hosting yang baik. Pastikan anda mengetahui apakah ciri-ciri tersebut terlebih dahulu, supaya dengan itu anda boleh membuat pilihan yang terbaik untuk keperluan anda.
Tidak kira apa yang anda pilih untuk sebuah penyedia web hosting, jumlah ‘downtime vs. uptime’ adalah yang paling penting sekali perlu diambil kira.
Secara asasnya, anda perlu memilih perkhidmatan web hosting yang menyediakan ‘uptime’ yang maksimum. Ini bermakna website anda sentiasa tersedia untuk paparan pengunjung bila-bila masa mereka mahu berkunjung ke website anda.
Boleh difahamkan, kebanyakan perkhidmatan web hosting memerlukan ‘downtime’ untuk membuat baik-pulih atau penyelarasan, tetapi dalam keadaan itu biasanya ‘downtime’ tersebut dirancang terlebih dahulu dan mereka memilih waktu jumlah pengunjung paling kurang. Mana-mana perkhidmatan web hosting yang menjanjikan 100% ‘uptime’ mungkin tidak jujur. Semua ‘host’ mempunyai jangka masa tertentu yang diperlukan untuk membuat pembaikian, ketika itu website anda mungkin tidak akan dapat dipaparkan di internet. Berapa lamakah masa website anda tidak dapat dipaparkan itulah yang menjadi persoalan.
Ringkasnya,untuk anda yang baru hendak bermula bina perniagaan online…
Kini ada syarikat web hosting yang menyediakan pakej mudah untuk mula buat duit online dan seterusnya membina perniagaan internet dengan jayanya. Klik di sini untuk maklumat lanjut!
Wassalam.
Yang ikhlas,
Nasran
P.S: Dapatkan Video PERCUMA,Bagaimana Menjadikan Web Hosting Anda Sumber Pendapatan Lumayan…Hari Demi Hari,Klik disini SEKARANG!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

